KHIDMAT GUAMAN SECARA WHATSAPP = 015-9600-4530
Saya adalah peguam yang sudah mengendalikan kes-kes jenayah (kriminal) dan sivil semenjak tahun 2001 lagi. Saya ada akaun facebook dan sering menerima pertanyaan daripada rakan-rakan dan orang awam di facebook saya dimana mereka ingin mendapatkan nasihat secara umum yang bersangkut dengan masalah dan undang-undang kriminal dan sivil yang mereka hadapi.
Selalunya soalan itu berbunyi "saya ada seorang kawan yang ada masalah iaitu.... bla bla bla" sedangkan hakikatnya yang menghadapi masalah itu bukan 'kawan' mereka, tetapi mereka sendiri. Dan selalunya masalah itu agak kompleks sehingga memerlukan satu sessi chatting yang boleh memakan masa sejam atau dua jam.
Saya akhirnya bertanya "mengapa tidak jumpa saja peguam di daerah anda untuk penjelasan lebih baik?" dan mereka menjawab "kalau jumpa peguam nanti kena cas berpuluh (atau beratus) sejam". Sebab kedua pula selalunya kerana "malu nak cerita masalah" dan sebab ketiga selalunya "sibuk dan tak ada masa.. lagipun saya nak pendapat secara umum saja".
Okay saya faham.
Jadi saya pun nak cuba kaedah ini supaya anda tidka lagi risau dicas berpuluh ringgit sejam, atau jika anda jenis pemalu atau jika anda sibuk dan hanya perlukan pendapat umum.
- Saya tawarkan khidmat nasihat secara whatsapp dengan bayaran RM10.00 saja bagi 30 minit (ekslusif).
- Oleh itu anda tidak perlu berpenat-penat datang ke pejabat peguam jika cuma ingin mendapatkan pendapat awal mengenai kes anda.
- Anda juga tidak perlu memberitahu saya identiti anda (buang dahulu gambar profile anda dalam whatsapp jika anda mahu melindungi identiti anda) dan saya juga tidak perlu menayangkan identiti saya.
- Hubungan kita bukan sebagai peguam dan anak guam, anda cuma bayar saya untuk mendapatkan 'pandangan umum' saja. Kalau di firma guaman seolah-olah anda datang untuk bertanya-tanya saja dulu.
- Saya hanya ada pengalaman dan kepakaran dalam kes kriminal dan sivil. Saya tiada kemahirang untuk menjawab soalan berkenaan dengan bagaimana nak buat loan dengan bank dan apa borang yang harus dimajukan di pejabat tanah untuk urusan jual-beli (conveyancing). Lagipun conveyancing bagi negeri-negeri di semenanjung dan Sabah & Sawarak adalah dibawah undang-undang tanah yang berbeza.
- Saya juga tiada kemahirang untuk menjawab soalan berkenaan dengan undang-undang syariah kerana sepertimana conveyancing, setiap negeri di Malaysia adalah dibawah undang-undang syarie yang mungkin berbeza.
- Tapi jika anda berhadapan dengan masalah yang melibatkan pihak polis, imigresen, kastam, SPRM dan lain-lain agensi penguatkuasa, itu adalah kesalahan jenayah yang diseragamkan di seluruh Malaysia dan saya boleh jawab .. insyaAllah.
- Tapi jika anda ingin bertanya mengenai kontrak, hutang, hak anda ke atas harta anda telah diceroboh, mengalami kerugian kewangan akibat perbuatan orang lain dan lain-lain.. itu adalah masalah sivil yang mana juga diseragamkan di seluruh Malaysia dan saya boleh jawab .. insyaAllah..
- Sekiranya saya rasa saya tiada kemahiran menjawabnya.. saya akan kembalikan saja duit anda.
CARANYA
- Whatsapp saya masalah atau pertanyaan anda ke nombor saya 015-9600-4530. Kalau perlu sila tulis selengkapnya tapi dengan Bahasa Malaysia standard supaya saya senang faham dan baca. Jangan guna bahasa ringkas SMS atau bahasa remaja. Jangan bank in bayaran dulu.
- Saya akan baca dan sekiranya saya rasa saya boleh bantu dan ada kelapangan 30 minit, saya akan balas whatsapp anda dengan mesej "untuk sesi soal-jawab sila bank-in RM10.00 ke Maybank 16003686XXXX.. " (saya sengaja tak iklankan nombor penuh akaun saya disini sebab saya tak mahu anda bank-in dulu sedangkan saya belum pasti jika soalan anda saya boleh bantu jawab). Jika saya whatsapp jawapan itu maknanya saya tidak dalam keadaan sibuk dan ada masa satu jam untuk diluangkan bersama anda.
- Bank-in RM10.00 ke dalam akaun saya dan whatsapp beritahu jam berapa dibank-in.
- Saya akan semak secara online dan jika bayaran sudah masuk saya akan whatsapp lagi "Bayaran diterima. 60 minit bermula sekarang.." dan selepas whatsapp itu saya akan mula menjawab soalan yang anda kemukakan mula-mula tadi sebelum bayaran di bank-in.
- Sesi chatting kita adalah rahsia. Saya pun tiada kepentingan nak cerita pada orang lain masalah anda yang sensai tu sedangkan saya tak tau pun identiti anda. Buang masa saja.
- Sekiranya anda ingin berwhatsapp dengan saya, pastikan anda juga tidak sibuk sehingga tidak boleh berwhatsapp. 30 minit akan berjalan dan tamat tidak kira samada anda sempat atau tidak bertanya berchatting selanjutnya selepas masa bermula. Sekiranya tiada response lain saya terima selepas menjawab soalan yang pertama, maka anggap saja anda telah membayar RM10.00 untuk jawapan yang itu saja.

No ni betul ke?
ReplyDeleteTipu kot
DeleteSalam.. Nak tanya no tue wujud lagi ke atau ada no lain ya cik
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteApa tindakan yang perlu dilakukan jika orang menceroboh tanah bergeran. Boleh bagi pendapat. Tq
ReplyDeleteBetul ke ne?
ReplyDeletebet365 Casino - Vie Casino
ReplyDeletebet365 Casino. Play Online bet365 Casino Games クイーンカジノ at bet365 Casino. Register and get a 100% Welcome Bonus up to ミスティーノ C$1600! Rating: 4.2 · 1 vote
on lagi ke
ReplyDelete